Skip to main content

Posts

Featured

Sewaktu Azan Mendayu-dayu

  "Ummi, Kakak pergi sekolah dulu.. Doakan kakak tau, sayang Ummi" ujarku sambil senyum melihatnya yang masih bertelekung, duduk diatas katil.  Ummi mengangguk perlahan. Tangan dan dahinya aku kucup lembut. Anak matanya menghantar aku dan Adik keluar pintu rumah.  Telah menjadi rutin setiap hari, usai bersalaman dengan Ummi, seawal 6.30 pagi kami berdua berjalan kaki menuju ke jalan utama, menunggu bas awam Maraliner untuk ke sekolah. Udara pagi di Merbok yang sejuk sudah biasa bagi kami. Alah bisa tegal biasa. Sedikit janggal hari ini, kerana tiada balasan seperti biasa daripada Ummi setelah bersalaman tadi.  "Hati-hati, jaga diri. Belajar elok-elok ye"  Begitu lah Ummi kebiasaannya. Namun tidak hari ini. Kerana sakitnya, menyebabkan Ummi tak kuat untuk mengeluarkan suara. Hanya anak matanya yang memberi reaksi. Tapi aku sentiasa yakin bahawa Ummi tak pernah berhenti mendoakan anak-anaknya.  'Tak apa, hari ni fokus sekolah dulu' getus hati....

Latest posts

NAMA AYAH?

Damai di Sana, Kekasihku

Kisah dalam Meraih Cita

Teladan Ayah

Kak Ngah in My Life

Nota Lama

Ummi dan Cita-cita

My Ayah

Hargai Kejayaan Kecil

Adik-Adik Tarbiyatun Nisa'