My Ayah

Arwah Ummi lah yang mengenalkan saya kepada sosok seorang Ayah. Namanya Abdul Halim. Pekerjaannya berjuang menyebarkan Islam kpd masyarakat. Masanya banyak diluangkan bersama perjuangannya. Hidup dan mati bersama perjuangan. 

"Ayah yang pilih nama untuk Kakak dan Adik"

"Ayah datang juga ke hospital, walaupun keadaan sukar buat Ayah masa tu"

"Nanti lepas solat, minta Ayah baca kitab atau tazkirah, Ayah suka tu.."

"Ambil peluang solat jemaah dengan Ayah, sbb bukannya selalu Ayah ada kat rumah"

                                                                  *****

Begitulah Ummi kenalkan saya kepada Ayah. Setiap kali kepulangan Ayah ke kampung benar-benar terasa. Ayah bersihkan halaman rumah, ajak Ummi berkelah di bawah pokok rambutan yang rendang, bertukang dan baiki apa yang patut dekat rumah, panggilan mesra Ayah kepada Ummi yang paling saya rindu, Solat berjemaah setiap waktu, Ayah dengar dan semak bacaan Quran saya, Ayah enjoy tonton sinetron dengan saya, walaupun masa tu Ayah nak tengok berita sebenarnya. 🙆


Selepas arwah Ummi pergi, Ayah fokus dengan kerja lapangan jauh nun di negeri di bawah bayu. Saya faham.. Ini adalah perjuangan ayah. Selagi hayat dikandung badan, kerja dakwah tak kan pernah berhenti. 

Ayah, walaupun kita sangat jarang bertemu di dunia, namun Kakak selalu minta dengan Allah, agar kita dikumpulkan di syurga Allah kelak. Di sana kehidupan yang tiada pengakhiran. Tiada duka, yang ada hanya bahagia selamanya.

Ayah dengan Ummu Nusaibah


2 September 2022

Ashiq A.Halim

Comments

Popular Posts