Adik-Adik Tarbiyatun Nisa'
"Kak, kau tolong check bacaan diorang tu.." Kata Kak Masyitah sambil tunjuk dekat satu bulatan anak2 gadis bertudung labuh hitam dan berjubah hitam. Dalam 5-6 orang camtu. .
Aku sebenarnya, saja mengisi masa lapang, tengah2 hari takda buat apa.. Pegi tengok Kak Masyitah handle kelas Quran. Eh tetiba kena jadi assistant pulak๐ .
Aku pun pegi join dorang duduk dalam bulatan, dan panggil sorang-sorang untuk check bacaan.
*******
"Laisa liwaq 'atihaa quazhuibah.." .
"Erm! Salah tu.. Baca kaazibah.." Tegur aku. Dah banyak kali ni. ๐ .
"Laisa liwaq 'atihaa quazhuibah.." Dia senyum je lepas baca, tau yang aku akan tegur lagi. .
"Awak ikut saya baca elok².. Bukan quazhui, tapi kaazi.. "
"Macam mana bha tu.. Betul sudah tu saya baca.." .
๐ ๐ lebih dari 5 kali aku suruh dia ulang ayat tu, macam tu jugak laaa dia baca.. Kawan-kawan dia siap cakap, .
"Memang begitu sudah tu lidahnya, ustazah. Susah mau tukar cara menyebut huruf.."
Akhirnya memang ke sudah, quazhuibah jugak disebutnya๐
********
Ni cerita dua tahun lepas. Tapi segar lagi dalam kepala๐
Don't give up, sis! ๐ .
Ada orang, direzekikan Allah dapat belajar baca Al-Quran dari kecik lagi. Jadi bila dah besar, dia dah pandai dan lancar baca Al-Quran. Alhamdulillah, syukur.
Ada juga orang yang berpeluang untuk belajar baca Quran, bila usia dah remaja, dah dewasa.. Baru nak kenal huruf, baris, tajwid.. Alhamdulillah, syukur.
Apa yang penting, jangan putus asa.. Ambil peluang di bulan Ramadhan kali ini untuk memperbaiki bacaan Al-Quran.. Yakin, bahawa ada pahala yang dilipatgandakan pada setiap huruf yang kita tuturkan. Don't give up! ๐ .
********
Haih, rindu pulak dekat adik² Tarbiyatun Nisa'.. Lama tak jumpa.. ๐
![]() |
Kali pertama datang TN |
4 Mei 2020
Ashiq A.Halim
Comments
Post a Comment