Teladan Ayah
Ketika umur belasan tahun, pernah suatu hari saya terjaga dari tidur sekitar jam 3 atau 4 pagi untuk ke bilik air. Ketika hendak turun ke ruang bawah, kaki memijak anak tangga, tetapi mata melihat ada satu sosok tubuh sedang bersila di atas sejadah sambil membaca buku di ruang bawah.
Ya, insan ini lah. Ayah saya. Abdul Halim Abas
![]() |
Kalau dahi bapak dah berkerut macam tu, jangan ler kacau π |
Saya hanya memandang ayah. Sepi. Kagum rasanya ketika itu. Ayah yang sudah berumur, tetapi masih punya keinginan yang kuat untuk membaca. Buktinya, ketika dini hari, sedang org lain lena dibuai mimpi, ayah tekun membaca buku.
Keluar saja dari bilik air, ayah memanggil saya, "Haa Shikin, tahajud dulu. Dah ambik wuduk sekali?"
Saya senyum dan mengangguk, laju kaki saya melangkah memijak anak tanggaπ€.
********
Pada waktu yang lain, ketika saya mengadu kepada ayah yang saya ini selalu rasa sakit kepala, Ayah seperti biasa, menganjurkan untuk berbekam berbanding ubat panadol.
"Kenapa kamu sakit kepala? Banyak fikir tentang apa? (π ) Ayah ni, kalau tak membaca, Ayah akan sakit kepala. Rasa berdenyut di dalam ni" ujar ayah.
Saya cuma 'sengih' saja ketika itu, dalam fikiran, 'Ape la yang aku buat sampai selalu sangat rasa sakit kepala?' π
π Terima kasih ayah, kerana menunjukkan kami tauladan ini. πΉ
5 September 2020
Ashiq A.Halim
Comments
Post a Comment