Nota Lama
Menulis untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dada, adalah satu hal yang penting bagi saya.
Tak kira hari dan waktu, rasa hati dah tak larat nak tanggung, lepaskan perasaan itu melalui tulisan. Tiada manusia lain yang tahu, tiada siapa yang akan 'judge'.
Sebab diri saya sendiri tak minta untuk orang lain dengar apa yang ingin saya luahkan. Saya cuma mahu diri saya berdamai dengan perasaan itu, agar tidak lagi menghimpit hati dan fikiran.
Saya tersenyum sendiri ketika membaca kembali catatan ringkas perasaan saya di dalam buku kecil ini. Banyak monolog dalaman, tulisan yang bercakap dengan diri sendiri, memberi semangat, memujuk, marah, dan macam macam lagi.
Benar kata Sdr. Hafizul Faiz dalam Reruang JIWA semalam,
"Kita menulis bukan untuk di dengari oleh orang lain, tetapi untuk mendengar diri kita sendiri"
*****
Kemas-kemas box buku sebenarnya, terjumpa buku2 nota lama.
ヽ(^。^)ノ
28 Jun 2021
Ashiq A.Halim
Comments
Post a Comment