Saling Doa

Sayang. Cinta. 

Jangan tunggu seseorang tu sempurna, tak ada salah, baru kita nak sayang. .

Saling mencintai dan menyayangi adalah soal bagaimana kita saling menerima baik buruk dan saling melengkapi antara kita. Kita maklum, manusia tak sempurna dan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Maka, kita sepatutnya raikan kelebihan yang ada, dan kita tutup kekurangan dengan kelebihan-kelebihan tersebut. .

Satu lagi hal dalam menyayangi dan mencintai ni, yang kita tak boleh lari. 😊

Terasa hati macam mana sekalipun, merajuk macam mana sekalipun kita dengan orang yang kita cinta dan sayang, berapa lama kita boleh bertahan? Berapa lama? Secara peribadi, aku tak boleh bertahan lama. Sebab apa? Sebabnya, jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku rindu dengan mereka yang aku cinta dan sayang. Merajuk lama-lama membuatkan hati aku sakit menahan rindu terhadap kesayangan aku.

Mereka menyaksikan jatuh bangun kita, gelak tawa kita. Mereka juga tempat kita berkongsi cerita suka duka. Takkan lah kerana terasa hati kita mahu berlama-lama dalam rajuk kita? .

https://youtu.be/pK6ztZX9Yag?si=xKMkKfzJ_lns25xw 

Nostalgia betul gambar ni ^_^


14 April 2017

Ashiq. A.Halim

Comments

Popular Posts