Motivasi
Dalam kelas Organizational Management tadi, Dr. Rahim ada bagi penerangan tentang motivasi dalam bekerja. Sebenarnya ada 2 jenis motivasi terhadap pekerjaan.
1) Motivation intrinsic to the job. - Kita termotivasi disebabkan kita cintakan pekerjaan tu, kita memang nak buat kerja tu. Motivasi ini mungkin kita boleh katakan, ada dalam diri individu yang suka buat kerja kesukarelawanan. NGO misalnya. Mereka cinta. Mereka laksanakan walau dalam keadaan susah.
2) Motivation extrinsic to the job. - kita buat kerja tu sebab pekerjaan tu adalah pekerjaan yang tinggi kedudukannya dalam kehidupan sosial. Ataupun disebabkan kita dah tak ada pilihan lain melainkan peluang pekerjaan tu je yang ada depan mata. (Dalam erti kata lain, terpaksa)
Di akhir penerangan Dr. Rahim pasal motivasi ni, beliau pesan, .
"Sesiapa yang nak jadi cikgu, guru, atau pendidik, kamu mesti ada nilai seorang pendidik dalam diri. Bina perasaan nak mendidik orang. Kalau kamu bekerja sebab gaji atau sebab persepsi masyarakat, kesian kat anak murid kamu. Sebab apa? Sebab mereka tak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat - Didikan dari seorang guru".
Tapi tak dapat dinafikan jugak, zaman sekarang ni, gaji pun boleh jadi satu faktor yang penting utk seseorang memilih pekerjaan 💃.
Jadi, terpulang kepada diri sendiri dalam membuat pilihan kerana pilihan itu akan memberi pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Tak kiralah bidang pekerjaan mahupun bidang pembelajaran yang sedang aku dan kau jalani sekarang.
Motivasi ni, adalah sesuatu yang mengalir dalam hati dan fikiran kita. Jadi, diri kita sahaja yang tahu apakah benda atau keadaan atau suasana yang boleh menjadi motivasi untuk kita. Kita yang perlu mencari motivasi untuk mengembalikan semangat dalam diri agar ia dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita seharian.
Ashiq A.Halim
Comments
Post a Comment